Thursday, March 4, 2010

puding feverat mama

bahan kastad
1 mangkuk tepung kastad
5 mangkuk air

cara
1.  panaskan 3 mangkuk air..hingga meruap ( bukan mendidih ye..)
2.  bancuh tepung kastad dengan 2 mangkuk air..
3.  masukkan ke dalam air yang telah meruap tadi..
4.  kacau hingga mendidih..
5.  basahkan loyang, tuang adunan kastad tadi..sejukkan.

bahan kuah
1 tin susu cair
3 tin air
2 senduk gula pasir
2 helai daun pandan
2 sudu besar tepung kastad + 1 cawan air

cara
1.  masak susu cair, air, pandan dan gula hingga meruap
2.  masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga mendidih
3.  kuah agak pekat dan manis ni..( hmm mama suka)
4.  sejukkan..hidang dengan ais.
5.  semasa hidang masukan koktel buah-buahan ke dalam kuah..
6.  masukkan juga kismis jika suka ..

puding berkuah ni sebenarnya masakan kegemaran mama..
semua adik2 mama malahan adik2 ipar juga suka puding mama ni..alaa..senang je ekk..
boleh dikatakan masakan wajib  sbg hadiah besday utk anak2 ketika diorang kecik2 dulu la..
skrg ni semua dah besar..dah ada duit sendiri..nak raikan sendiri..sedih la pulak..huhu..

boleh dikatakan setiap kali rumah mama buat marhaban untuk cikgu2 sekolah,
puding ni antara hidangan wajib mama la ni..hehe

mama dah turunkan resepi puding ni pada puteri kesayangan mama..
masa kat matrik dulu, dia buat jualan kelas dia..
hai..dengarnya berebut2 dak laki nak beli..hehe
tah le tu..

No comments: