Tuesday, May 25, 2010

Diary mama hari ini 25.05.2010

Salam semua,

Entri hari ini, lebih kepada perkongsian perasaan seorang wanita dan ibu yang berkarier dan sayangkan keluarganya..

ANTARA KELUARGA DAN KERJAYA~~

Memang menakutkan setiap kali mendengar wanita-wanita yang punya karier hebat namun gagal di dalam rumahtangga. Saya tak nak jadi begitu. Oh, saya tak dapat bayangkan bagaimana saya terpaksa hidup tanpa suami dan anak-anak. Mereka lah jantung hati saya. Nasib baik lah suami dan anak-anak memahami..tapi saya tak pernah ambil kesempatan..

Setiap orang pasti ada masalahnya yang tersendiri. Lain orang, lain masalahnya. Dari segi karier, saya pernah dapat anugerah cemerlang pada 1995 di Johor Bahru..(masih dlm memori indah saya)

Saya mampu menjalin hubungan baik dgn para guru, kakitangan dan para pekerja sekolah saya. Mungkin saya ada cara tersendiri untuk menangani mereka. maklumla..semua ada ego tersendiri. Jadi nak menegur ke..kena ada cara. Bukan main boleh macam tu saja.Selain itu, saya juga bukan jenis yang suka marah-marah. Mungkin juga kerana saya tak pernah bawa masalah di rumah ke sekolah dan begitu juga sebaliknya. Saya tegas tapi kena pada tempat..(ye ke ni..?? :)hee)

Pun begitu, di rumah lain pula keadaanya. Saya punya 3 orang anak remaja yang sedang membesar dan seorang anak gadis yang masih kecil, dan anak sulung yang telah berumahtangga. Kiranya saya dah kurang bebanan kerana tak ada anak kecil yang masih baby. tak perlu bangun malam. Namun, punya anak-anak yang sedang meningkat remaja ada cabaran lain pulak yang menanti. Jadi, sebagai ibu, saya tetap tidak lupa untuk mengambil tahu tentang setiap seorang daripada mereka.

tidak dinafikan, bukan senang untuk seimbangkan di antara karier dan rumahtangga. apatah lagi bagi seorang wanita. jadi, saya sentiasa ingatkan diri saya: supaya sentiasa ambil berat tentang keduanya : karier saya perlukan dan keluarga pula saya sayang. memang menakutkan setiap kali mendengar wanita-wanita yang punya karier hebat namun gagal di dalam rumahtangga. saya taknak jadi begitu.OOHH, saya tak dapat bayangkan bagaimana saya terpaksa hidup tanpa suami dan anak-anak. merekalah jantung hati saya. nasih baik lah suami dan anak-anak memahami. tapi saya tak pernah ambil kesempatan. saya berusaha untuk mendapatkan kasih sayang mereka. misalnya bersama suami, saya sangat menjaga perasaannya..saya tak pernah membiarkan dia rasa saya tidak hormatkan dia kerana dia sudah bersara..jika terpaksa balik lambat, saya akan menelefon untuk beritahu, bukan tunggu dia telefon saya. jika itu berlaku, seolah-olah saya tak respect dan ambil peduli tentang perasaan suami.

jika saya berkursus jauh, saya akan SMS di mana saya dan dengan siapa. saya nak dia tahu saya jujur dan setia padanya. apabila sama-sama free, kami akan selalu makan bersama. waktu itulah kami akan bincangkan soal anak-anak. nampaknya, apa yang saya buat berbaloi. suami juga bertindak sama seperti saya. segala aktivitinya dia akan beritahu saya. kuncinya, kena saling percaya dan menghormati diri masing-masing.

soal anak-anak ( kecuali si sulong telah berumahtangga )segala urusan di rumah, saya uruskan sendiri. saya juga bernasib baik kerana suami punya lebih masa di rumah. dapatlah dia tolong tengok-tengok kan anak-anak. tapi saya akan pastikan mereka telefon saya di mana mereka berada. saya juga akan pastikan mereka juga akan beritahu saya dan papa mereka jika hendak keluar bersama rakan-rakan. jika hari cuti, saya akan pastikan masa saya adalah untuk keluarga sepenuhnya. biasanya saya akan memasak apa saja yang mereka ingini. saya suka jika dapat keluar bersama anak-anak dan makan bersama mereka. tak dinafikan, kadangkala badai melanda juga. kami bukan serba sempurna. namun, kami berusaha untuk mengatasinya kerana kami sekeluarga saling sayang-menyayangi.. Insya ALLAH..

mungkin lain orang lain caranya. tapi itulah di antara apa yang saya lakukan. saya tak malu mengaku bahawa saya berusaha untuk memastikan kedua perkara yang paling penting dalam hidup saya ini berjalan seiringan. Ya, memang payah..tapi saya tetap berusaha kerana saya tak sanggup kehilangan salah satu daripadanya.

mungkin ramai wanita berkarier di luar sana yang mengalami situasi seperti saya. nasihat saya, kita perlu kuat dan tabah menghadapinya. kalau kita sayangkan keduanya, berusaha lah supaya kita tidak perlu untuk membuat pilihan dan terpaksa memilih salah satu daripadanya ..!!

insya ALLAH.. barakallah..

No comments: