Thursday, May 20, 2010

TOM YAM - BUJANG

Bahan

1 paket tom yam adabi
4-5 ketul ayam (nk potong kecil mcm kiub pun boleh jgk)
2 batang serai - titik
3 tangkai cili padi- ketuk
3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar-hiris
1 biji tomato- potong 4
1 biji limau nipis- ambil jus shj..
5 ekor udang atau sotong ( jika ada)
daun ketumbar-hiris

cara

1.. masukkan 1paket tom yam adabi, serai dan 2 1/2 cawan air ke dlm periuk.
2.. masukkan 4-5 ketul ayam ke dlm periuk. rebus hingga mendidih..
3.. masukkan juga udang atau sotong - jika ada la.. :)
4.. bila mendidih, masukkan cili padi, daun limau purut, tomato dan bawang besar.
5.. biar mendidih lagi 3 minit.
6.. angkat dan hidang..
7.. hias dengan daun ketumbar
8.. taa daa..dah siap..!! cukup mudah yek :)
9.. sedia utk di makan dgn nasi putih

hmm..hmm..tom yam bujang :)
istimewa utk orang bujang ni..

boleh juga masuk kan :-
1. bunga kobis
2. saleri
3. putik jagung

tom yam bujang ni permintaan kapten @ Mohd Rozaini b Abd Rahim :)
special untuk anda ni..
sila la cuba ye..

hai..untung la isteri anda nanti yek.. :)
anda suka memasak..

No comments: