Saturday, July 24, 2010

kek buah rebus

bahan

1 cawan gula - buat gula hangus
1 cawan air
275 gm butter
1 kotak buah campuran
2 1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonate
3 biji telur pukul hingga kembang

cara

1. masak gula hangus pastu masukkan 1 cawan air , buah campur dan butter.
2. sejukkan bahan rebusan tadi.
3. ayak tepung dgn soda bikarbonate dlm mangkuk adunan.
4. pukul telur hingga kembang.
5. buat lubang ke dalam tepung dan masukkan rebusan buah.
6. kacau perlahan-lahan hingga adunan sebati.
7. masukkan telur dan kacau rata.
8. alas acuan dan masukkan adunan.
9. bakar dalam ketuhar 180C hingga masak
10. jika suka nak kukus, pun boleh juga..selama 2jam

mama suka buat kek buah rebus ni sebab senang sangat..
mama selalu bakar je sebab tak perlu tunggu lama..

hmm..buah campur tu bila dah direbus akan kembang dan sedap bila dimakan..
semua buah tu akan penuh rata dalam kek..
pernah makan kek buah yang buahnya mendap di bawah..??
tu..sebenarnya kek buah 'tak jadi' la tu..
hehe..
tp org yang tak tau semua kata 'sedap' jer..

sila la cuba ye..

No comments: