Tuesday, September 27, 2011

Lompat Tikam..emmmm..!!

bahan

1 1/2 cawan tepung beras
6 helai daun pandan
4 cawan air
2 1/2 cawan santan + secubit garam

sirap gula merah
1 cawan gula merah
2 sudu gula pasir
2 cawan air

cara
1. Blend daun pandan dengan 2 cawan air - tapis.
2. Masukkan 1 cawan tepung beras + 2 cawan air + 2 cawan air pandan.
kacau sebati.
3. Masak hingga pekat.
4. Tuang dalam loyang. sejukkan.
5. 1/2 cawan tepung beras + 2 cawan santan + secubit garam..
6. Masak hingga pekat, tuang atas adunan hijau. sejukkan..
7. Potong dan hidang dengan sirap gula merah.

hmm..lompat tikam ni memang la feveret mama :D
tiap minggu mesti beli kat pasar tani..

tapi dah 2 minggu 'dia' tak meniaga..
jadi kena la masak sendiri..

sedap, segar, di makan sejuk..:D

sila la cuba ye..

No comments: