Wednesday, October 5, 2011

Tanjung Piai dan Pulau Kukup...

Salam semua..

Aktiviti XPDC berbasikal ke Tanjung Piai telah berlangsung dengan jayanya..

Alhamdulillah..Barakallah..

Seronoknya, memang seronok..apalagi semua yang terlibat benar-benar mempunyai jati diri yang amat tinggi..65km pergi-balik bukan perkara mudah tu..
(gambar2 di FB saya ye.. :D )

Hari ini, aktiviti ke Pulau Kukup juga tidak menghampakan..sungguh seronok.
Jam 8:15 pagi, kami 7buah kereta beserta 35 org murid ke jeti,Kukup.. menaiki feri selama 15minit je, dah sampai ke Pulau Kukup yang tiada penghuni tu.

Seronoknya dan teruja hanya ketika melalui jambatan gantung untuk melintas Sg. Ular..hmm, nampaknya Pulau Kukup ni tak macam Tanjung Piai. Di sini 'Abang Abu' tidak banyak hanya yang jinak2 je sebab dah biasa di beri makan. Siapa 'Abang Abu' ni..?? haha..jeng,jeng,jeng.. :D hehe

'Abang Abu' ni ialah haiwan yang bergayut-gayut di atas pokok tu la.. :D hehe cik monyet tuu.. hai, apa la nasib saya pagi tadi ye.. sekor 'abang abu' dah menyergah saya ketika saya sedang berjalan di jambatan gantung tu, boleh pula dia elok je duduk2 senang2 hati di atas pokok berdekatan dan telah sengaja melompat ke hadapan saya..aduhai, abang oi..terperanjat dan terkejutnya..!!

murid2 saya yang menunggu di menara di seberang sana dok tenangkan perasaan saya, oh steady, steady..dalam hati, alamak taakuut..!! nasib baik rakan sejawat saya dengan berani dan gagahnya telah berjaya menghalaunya..haha ceh..!! gagah la sangat ye..hmm..takpa..murid2 merakamkan gambar tersebut sebagai pengalaman indah dalam memori mereka.. :D hehe

penatnya kaki menjelajah hutan bakau Taman Negara di selatan tanah air ni..berbaloi, memang berbaloi. Agaknya, kalo di ukur,saya jalan kaki menyelusuri laluan yg ada ni, boleh sampai ke bandar Pontian gaknya ek..setelah 11 tahun saya menetap di penghujung benua asia ni, akhirnya sampai juga saya ke Pulau Kukup ni..pasni saya nak ke Pulau Pisang pulak la ek..:D hehe boleh la makan buah-buahan yang banyak terdapat di sana tu...hai tah le tu,dalam mimpi je kot..

paling gayat bila menaiki menara paling tinggi walaupun hanya 5 tingkat je, namun berjaya melemahkan dan melonggarkan kepala lutut saya..nampak keseluruhan pulau dan boleh nampak Indonesia..!! hoho.. angin nyaman sungguh bila berada di atas tu,usah bimbang ye tidak akan jatuh punya..

Sebenarnya, di Pulau Kukup ni..banyak jenis burung..beraneka jenis burung dan hidupan alam sekitar yang tidak tercemar. Pulau Kukup ni, adalah hutan bakau je..takde tumbuhan lain pun selain bakau..hmm..hidupan laut spt kerang-kerangan memang banyak tapi tak boleh kutip nanti kena denda..

perjalanan balik, feri singgah sebentar ke sangkar bela ikan..hmm, hanyir sampai bau badan kita semua dah macam ikan masin la pulak.. hihi :D wah, bershoping sakan la saya, apalagi saya beli sotong kering yang manis khas utk rakan2 yang tinggal di sekolah tu (siti masirah, kak chah dan gubesor)

sampai jeti kukup, saya singgah shopping lagi :D apalagi beli jam tangan la pulak..di kukup ni, jam tangan semua memang murah2..boleh masuk air gerenti tak rosak..jom,jom,jom la..

Jeti Kukup ni biasanya memang sibuk sebab laluan air untuk ke Indonesia terutamanya ke Tanjung Balai..Rm 125 pergi-balik, 45 minit dah sampai sana.. alahai bila la saya nak ke sana tu ye..satu hari nanti nak ajak rakan2 la..hmm..

inilah indahnya pengalaman dan kenangan di Pulau Kukup..bersama kalian anak2 didik saya.. :D

No comments: