Friday, October 14, 2011

hati yang terusik... :'(

Salam semua..

hmm..hati saya sungguh terusik..sungguh terasa..sungguh sedih :'(

rasa sangat kecewa dengan 'dia' ni..
tingkah laku 'dia' tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang yang berpendidikan tinggi, mcm tiada education je..
nampaknya segulung ijazah yang dimilikinya tidak menunjukkan dirinya seorang yang boleh dihormati..hmm..
saya kecewa..sungguh terluka dengan sikapnya yang tidak profesionalnya ni..
kenapa..?? masih mentah kah..?? atau...
berlagak..??
ego..??
sombong..??
angkuh..??
kaya sangat..??

hmm...

nampaknya 'dia' dah besar kepala ni..dah tak reti hormat rakan-rakan sekerja..
sikap suka mempergunakan orang dah melampau sangat ni..

pagi ni, dia telah buli seseorang(agaknya dah selalu)..and then telah memerangkap dirinya sendiri..betul2 kena batang hidungnya..bagi rakan2 yang tak berkenan dgn sikapnya tu, semua kata 'padan muka kau'

tapi..

hati saya sangat terusik..sangat kecewa..
sebagai seorang pendidik yang sepatutnya mempunyai jati diri yang begitu tinggi, bersikap negatif dan agresif..aduhai..sedihnya..sangat tak sesuai dengan dirinya yang cantik dan comel tu..

agaknya hormon tak balance kot..alahai..kesiannya..
kenapa..?? sape yang di benci sangat kat pejabat ni..?? marah kan siapa..?? harus la professional, adakala tugas kita di tegur, untuk penambahbaik di masa akan datang. aduhai..belum pun disahkan jawatan, nak tunjuk hebat sangat ke diri..??

saya rasa sedih, kecewa sangat dengan peribadi 'dia' ni..
saya doakan 'dia' segera berubah dan dapat hidayah..
semoga dia ikhlas dalam menjalankan tugas..
semoga dia cemerlang dalam perkhidmatan..

bagaimana nak 'mendidik' andai 'pendidik' bermasalah..??
janganlah profesion guru di permainkan..akibatnya rosak binasa la bangsa..
kasihan la anak-anak didik yang tidak berdosa ini..

ikhlas la dalam menjalankan tugas ye..

lakukan la 'KERANA ALLAH' ye..
InsyaALLAH..BARAKALLAH..buat diri mu..

cepat berubah ye sayang..jadilah orang yang cemerlang..!!

No comments: