Friday, October 21, 2011

Talam Ubi, Talam Sagu..

1. Talam Ubi
bahanA(lapis bawah)
3 cawan ubi kayu (parut,perah air dan tos)
2 cawan air
2 cawan gula
sedikit pewarna kuning.

bahanB(lapis atas)
1/2 cawan tepung gandum
3 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam

cara
1. gaul semua bahan A sehingga rata. Tekan dalam loyang dan kukus hingga masak.
2. gaul tepung, santan dan garam hingga sebati dan tapis.
3. kemudian panaskan atas api hingga meruap.
4. tuang atas ubi yang telah di kukus tadi.
5. kukus lagi hingga masak.
6. Sejukkan dan potong mengikut selera anda.. :D

*biasanya mama akan kukus antara 15 minit ke 30 minit..
lama sikit takpe, lambat sikit nak basi..

sila la cuba ye.. :D


2. Talam Sagu
Bahan A(lapis bawah)
2 cawan sagu rumbia
1/2 biji kelapa parut
1/2 sudu teh garam halus

BahanB (lapis atas)
3 biji telur
1 cawan gula merah
1 sudu besar tepung beras
3 sudu gula pasir

cara membuat
1. Sagu direndam 10minit(cuci dan tos)
2. Gaul dengan kelapa parut dan garam.
3. Masukkan dalam loyang dan kukus hingga masak.
4. Gaulkan telur, gula, santan dan tepung hingga sebati dan tapis.
5. Tuang atas lapisan sagu tadi dan kukus 25 minit atau hingga masak.
6. Sejukkan dan potong mengikut selera anda.. :D

hmm.. mama suka buat kuih-kuih talam ni..
pastu bawak p sekolah..
kawan-kawan suka makan sebab free.. :D hehe
suka sangat rasanya..(perasaan mama la ni..)
bila ada orang sudi nak makan hasil air tangan kita ni...
sila la ye.. :D

No comments: