Thursday, October 27, 2011

handphone baru lagi ...

hari ini..

Hati saya kosong, tak tau la nak nangis atau nak marah atau nak sedih..
yang pasti kosong...begitu kosong..hmm..

Hari yang memeningkan,memenatkan minda dan sungguh menguji kesabaran serta keimanan saya..

Ohh..apa dah jadi..??
Saya benar-benar mengejar masa meng-up-date semua data dan kerja2 terkini yang perlu saya emel dan faks ke PPD dengan segera sebelum pukul 1 tengahari. sebelum 10:00 pagi tadi aje saya dapat 2 talian rapat yang perlu saya segerakan tugasan tersebut..adoii..

apa tu talian rapat?? suami saya selalu tanya kenapa perlu ada talian rapat?
emm..sebenarnya talian rapat ni adalah panggilan dari PPD ke sekolah2 dan sekolah2 pula ada rangkaiannya tersendiri yang perlu disebarkan berita dari PPD ni agar segera diuruskan dan dibereskan/ diambil tindakan segera oleh pihak sekolah khusus kepada Penolong Kanan dari PPD..biasanya maklumat penting dan tindakan segera harus diambil.

takde masalah,

semuanya beres,dapat saya selesaikan sebelum 1:00 tengahari tadi. Rasa letih sikit minda saya hari ni..rasa agak mengantuk mata ni..saya kena balik 1:00 tengahari ni untuk hantar anak bongsu ke rumah dulu,(sek agama cuti) solat zohor, sediakan barang keperluan untuk mesyuarat di PPD jam 2:00 petang pulak..

Saya sampai 2:15 petang, biasa la tu..:D hehe
kalau kata pukul 2:00, mula 2:30 normal la tu..diorang di PPD tu pun faham, keluar sekolah 1:00tengahari,mana nak solat dulu, nak urus anak lagi tak kira belum makan nasi lagi tu..adoi..nak memandu tengah2 hari buta ni lagi, mata pulak time ni la nak mengantuk, hmm.. saya sempat la buat nescafe kat rumah, boleh la terang mata ..

Keluar dari PPD, dah pukul 4:00 petang..pastu nak ke Kukup pulak. hmm, ada janji yang perlu ditunaikan. tak boleh mungkir nanti jadi munafik. namun yang dijanjikan tak dapat memenuhi kehendak hati anak2 pulak..mereka nak beli jam tangan di Kukup juga, sebab murah. Ala..barang seludup la..sebab tu murah :Dhehe
jenama tu..memang tak tahan hati, mesti nak juga..nampaknya lain kali kena datang lagi la ni..

saya rasa dah lapar gila betul perut tapi layan juga kerenah anak2 ni..En suami memang tak cerewet, ikut je rentak kami. Singgah kedai makan paling popular apa lagi Mandela la..dari KL ke Singapura semua tahu la Mandela ni..hmm, penuh meja ikut selera yang lapar..nyam,nyam,nyam..hmm..

tetiba, boleh pula saya teringat handphone saya. dimana? eh,takde la..sebelum ke Kukup tadi, saya ada hantar mesej pada Yani pastu mana saya simpan ek? En suami tak banyak soal terus patah balik ke Kukup tempat dia parking keta tadi, takde juga..sah memang dah sah..dah hilang..!!huhu dah hilang la..alahai :'( kebelakangan ni, saya gunakan handphone untuk melihat waktu sebab 2 jam tangan kesayangan dah habis bateri..malas nak p bandar, hmm padan muka saya. boleh pulak 2-2 sekali habis bateri tu..first,jam hadiah anugerah kecemerlangan, saya dapat pada 1996 and second, jam hadiah dari en suami..adoii..and sekarang handphone pulak hilang..baru 2 bulan guna,itupun en suami belikan. saya rasa bersalah pulak..

saya benar2 rasa kehilangan sebab waktu tu saya ingat sangat pada kakchah n zawiah... 2 orang ni agak penting setiap hari bekerja. ye la, kakchah kan selalu ambil dan sampaikan talian rapat untuk saya. and zawiah pula rakan sejawat @ orang rujukan penting bagi zon kukup ni..samada tugasan penting mahupun KSSR. sebenarnya, kami saling mentor-mem-mentor dlm tugasan kami..(apa punya ayat daa)

akmal yang baik hati, pinjamkan handphone and simkad dia..takpe mal, prepaid pun takpe..lepas solat maghrib, en. suami yang loving and caring ni terus ajak p beli handphone baru..ok la beli baru sebab susah nanti dia nak hubungi saya esok. En suami memang suka call saya tiap hari. saja je tu.. :D Ini adalah handphone ke 3 yang beliau belikan untuk saya..terima kasih sangat2, pasni saya simpan dlm bag elok2 :D

segala urusan di Celcom telah saya uruskan, saya masih gunakan no.lama..
kepada sesiapa yang terjumpa handphone saya tu,takpe saya hadiahkan kepada anda ye..
alahai, saya dah mula cuai atau dah nak mula jadi pelupa ni..??
ohh..
saya akan terus menjaga kesihatan diri fizikal dan mental..
InsyaALLAH..
Smoga saya sentiasa di dalam Barkah ALLAH..

AMIN..AMIN..AMIN..

No comments: