Thursday, November 17, 2011

Ucapan Wakil Guru Besar - Majlis HAKA 2011

UCAPAN PENOLONG KANAN HAL EHWWAL MURID
MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2011

sirih berlipat sirih pinang,
sirih dari Pulau Mutiara,
pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.. :D hmm..
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia..:D

Yang Berusaha,
En Hamzah b Isa-Ketua Kampong Penerok..
Tn Hj Jawahir b Sohor- Tn Imam Masjid Jamek Penerok..

Yang Di Hormati,
Guru-guru, AJK PIBG, Tuan2, Puan2 serta murid2 yang dikasihi sekalian..

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNYA, dapat kita berkumpul pada pagi ini yang berbahagia ini bagi meraikan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Pra Sekolah bagi tahun 2011.Ribuan terima kasih pada yang hadir hari ini.

Saya selaku PK HEM sebagai wakil Guru Besar amat berharap agar hubungan pihak sekolah dan ibubapa dapat mengeratkan silaturrahim dan hubungan muhibah untuk mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan akademik semua murid dalam arus pendidikan perdana di sekolah ini.

Justeru itu, saya amat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini dapat mempertingkatkan kegigihan untuk sentiasa menjana kecemerlangan murid2 di sekolah ini. Saya sentiasa menaruh keyakinan tinggi bahwa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menabur bakti untuk memperkasakan lagi SK Penerok, Pontian.

Di samping itu, saya juga berharap semoga para pelajar dapat mempertingkatkan ketekunan dalam usaha menimba ilmu terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. sesungguhnya ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Di sini, saya suka untuk menjelaskan tentang KSSR tahun 1 yang baru bermula 2011. Untuk pengetahuan para ibubapa, murid tahun 1 tiada peperiksaan secara formal. Jadi, tiada nombor kedudukan mengikut rangking atau urutan. Pencapaian prestasi berdasarkan 'Band'..iaitu mengikut aras pengetahuan murid. Band 1 adalah yang paling rendah dan band 6 adalah yang paling tinggi. Penilaian mutid berdasarkan PBS iaitu 60:40 yang dijalankan mulai tahun 1 hingga tahun 6.. kegiatan Ko-Kurikulum adalah amat penting sebab termasuk dalam 40% berdasarkan aktiviti yang dijalankan.

Seterusnya pesanan dari Tn Guru Besar adalah menjemput para ibubapa hadir beramai2 ke sekolah esok mulai jam 11:00 pagi hingga 12:00 tghr atau 3:00 petang hingga 4:00 petang bagi urusan bantuan awal persekolahan 2012 sebanyak RM 100/=
Di sini, saya juga hendak menyampaikan amanat Tn Guru Besar supaya para ibubapa dapat menyalurkan bantuan tersebut untuk kegunaan dan pembelian barang2 keperluan anak2 sahaja. Wang akan diberi secara tunai/cash dan tiada sebarang potongan atau di tolak apa2 pun. Namun pihak sekolah ada mencadangkan dan tiada sebarang paksaan agar wang tersebut digunakan bagi pembelian buku dan alat tulis sekolah anak2 tuanpuan sekalian. Bagi ibubapa yang masih belum menjelaskan atau masih ada baki bayaran yang belum dijelaskan , sila lah datang ke pejabat sepanjang cuti persekolahan dan diharap dapat menjelaskan hutang tersebut ye.. :D

Hari ini juga, kita akan ketahui keputusan UPSR. Tahniah kepada yang berjaya..
Terima kasih kepada ibubapa dan penjaga yang telah banyak memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program kecemerlangan dan meningkatkan prestasi anak2 Tahun 6..PK 1 akan balik dari PPD pada jam 10:00 pagi nanti membawa keputusan.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan kecemerlangan akademik sekolah ini. InsyaALLAH.. mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang..'usaha pasti jaya'

Sekian..
Wassalam... :D

No comments: