Tuesday, July 2, 2013

Pengat Sagu Tepung Pulut

P1130185 

  • 1 ketul gula melaka - dipotong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 250gram biji sagu- dibasuh dan toskan
  • 1 1/2 cawan pati santan
  • 1 jag air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit garam
  • B) BAHAN DOH :-
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • air
  • sedikit garam
  • *** uli bahan B hingga menjadi doh dan selepas itu ambil doh dan bulatkan sebesar guli dan tekan di tengah sehingga lekuk, ulang sehingga doh habis ***
  • (jika suka, letak warna pun cantik ni,,)

Cara-cara

  1. didihkan air di dlm periuk bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan dan masak sehingga gula hancur dan mendidih di atas api sederhana
  2. masukkkan pati santan dan kacau sehingga mendidih dan masukkan tepung pulut satu persatu sehingga habis dan masak ( kenyal )
  3. akhir sekali masukkan biji sagu dan garam, masak sehingga sagu menjadi jernih dan masak. sedia untuk dinikmati....
  4. ****jikalau pekat tambah air ikut kesukaan anda**** 
* saya suka segala jenis pengat ni,,
   kurangkan manis, jaga kesihatan..
   ingat yang tersayang tu.. :)

No comments: