Thursday, July 25, 2013

Khasiat Lemon

 


Rawatan kulit berjerawat
Lemon mampu merawat jerawat kerana kandungan asid sitrik dan alkalinya dapat membunuh bakteria yang menyebabkan timbulnya jerawat. Anda boleh sapukan jus lemon sebenar pada kulit berjerawat dan biarkan ia semalaman. Untuk membuat masker, anda juga boleh mencampurkan jus lemon dengan madu sebelum dilumurkan pada kulit muka. Hasilnya, wajah akan kelihatan lebih berseri.

Tangan & kuku yang cantik
Untuk kuku yang lebih bersinar, rendam jari di dalam jus lemon selama 10 minit sebelum memberus kuku dan rendamkan semula di dalam air suam yang bercampur sedikit cuka. Kemudian, bilaskan jari anda dengan air suam. Jangan lupa lakukannya seminggu sekali untuk hasil yang memuaskan!

Hilangkan hitam bawah ketiak dan siku
Lemon selalunya digunakan untuk krim pemutihan wajah. Jadi memang terbukti lemon mampu memulihkan masalah ketiak dan siku yang gelap. Caranya, potong lemon dan gosokkan pada kawasan yang terlibat. Praktikkannya secara konsisten agar anda dapat melihat sendiri perubahannya.

Kurangkan berat badan
Jus lemon bertindak membantu penghadaman dan merangsang hati untuk menyingkir kotoran dalam badan. Sekiranya anda mahu mengurangkan berat badan, amalkan minum segelas jus lemon suam yang dicampur madu setiap hari.

Atasi rambut nipis dan berkelemumur
Urutkan lemon ke atas kepala untuk melancarkan peredaran darah boleh merangsang pertumbuhan rambut. Malah, jik anda membiarkan jus lemon di atas kulit kepala selama 10 minit selepas mencucui rambut boleh mengurangkan kelemumur dan rambut akan lebih bersinar.

Jom..!! amalkan.. :)


Monday, July 8, 2013

Apam Beras

Bahan-bahan 

  • 3cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 paket mauripan
  • 2 cawan nasi (di blender dgn 3 cawan air)
  • pewarna ikut suka

Cara-cara

  1. masukkan tepung gandum,tepung beras,mauripan dan gula,gaul sehingga sebati...
  2. selepas itu, masukkan nasi yg telah di blender tadi kedalam bahan diatas..dan gaul lagi sehingga rata..
  3. masukkan pewarna y disukai...selepas itu,perapkan selama 1jam .biar kan naik...
  4. Dsc00601
    sementara itu..panaskan kukus,apabila dah panas, masukkan acuan nya dahulu yg telah di sapu kan minyak,tujuannya agar kuih nampak cantik, tidak melekat pd acuan.
  5. bila dah naik,masukkan kedalam acuan y telah dipanaskn tadi.jgn penuh sangat..
  6. kukus selama lebih kurang 10 minit, atau sehingga masak dalam api y sederhana.. Selamat mencuba!!! 
  7. Gaul dengan kelapa yang telah digaul dengan garam..( kukus dulu 10 minit, supaya tak cepat basi)

Kuih Dangai

Bahan-bahan

  • 2 cawan kelapa parut (boleh guna kelapa kering + 1/2 cwn air & panaskan/dikukus kelapa kering ni)
  • 2 cawan tepung pulut (boleh kurangkan jika suka rasa kelapa yg lebih)
  • 1 cawan gula( manis ikut suka)
  • sedikit garam

Cara-cara

  1. Gaul semua bahan (kelapa, tepung & gula)
  2. Masukkan kedalam loyang, bahgian bawah ditekan sedikit..
  3. Panaskan dalam oven pada suhu 180 selama 5-10 min (hingga sedikit keperangan)
  4. Setelah siap biarkan sejuk dan dipotong.. :: SeLaMaT MeNcUbA ::
  5. :: Bagi yang x ada acuannya, boleh guna loyang biasa @ frying pan pun ok juga.. :: Jika tidak menggunakan oven, boleh juga terus dibakar diatas dapur, dengan menggunakan api yg kecil..kalau suke yg geseng2 tu bakar lama sikit..adjust2 la ya.. 

* kalo pergi ke pasar malam, memang saya cari kuih dangai ni..
   Saya suka manis..!! :D hee
Kuih_dangai___rangin

Tuesday, July 2, 2013

Air Katirah


  •  Air_katirah
  • 2 ltr air
  • 240 g gula pasir
  • 15 biji badam tanpa kulit( nak guna air soda pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 100 g katirah (beli kat kedai india )
  • beberapa titik pewarna hijau atau merah - jika suka
  • BAHAN ISIAN TAMBAHAN JIKA SUKA :-
  • segenggam kembang semangkuk - direndam berasingan
  • 1 sb biji selasih - direndam berasingan
  • buah kurma dibuang biji dan potong kecil2
  • agar2 siap makan - disagat
  • secukup ketulan ais

Cara-cara

  1. Katirah_d_rendam
    Rendam dahulu katirah hingga kembang semalaman.Tapis dan bersihkan.
  2. Masak air dan gula pasir hingga gula larut.Kisar badam bersama sedikit air hingga halus dan tuangkan ke dalam air gula tadi dan masak lagi hingga mendidih,kacau sentiasa.Matikan api dan biar sejuk.
  3. Air_katirah_d_campur
    Setelah air sejuk,masukkan susu cair dan katirah dan gaul rata.Titikkan pewarna pilihan jika suka dan tambahkan bahan2 isian tambahan secukupnya.Sejukkan didalam peti sejuk.
  4. Air katirah lebih enak diminum sejuk tanpa ketulan ais.
  5. Katirah_kembng
    Ini contoh katirah yang telah direndam semalaman.Lebihan katirah yang telah kembang boleh disimpan di dalam freezer dan dibekukan dan tahan berbulan2. 
  6. Kembang_semangkuk 
     Contoh gambar kembang semangkuk yang belum direndam :-

Pengat Sagu Tepung Pulut

P1130185 

  • 1 ketul gula melaka - dipotong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 250gram biji sagu- dibasuh dan toskan
  • 1 1/2 cawan pati santan
  • 1 jag air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit garam
  • B) BAHAN DOH :-
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • air
  • sedikit garam
  • *** uli bahan B hingga menjadi doh dan selepas itu ambil doh dan bulatkan sebesar guli dan tekan di tengah sehingga lekuk, ulang sehingga doh habis ***
  • (jika suka, letak warna pun cantik ni,,)

Cara-cara

  1. didihkan air di dlm periuk bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan dan masak sehingga gula hancur dan mendidih di atas api sederhana
  2. masukkkan pati santan dan kacau sehingga mendidih dan masukkan tepung pulut satu persatu sehingga habis dan masak ( kenyal )
  3. akhir sekali masukkan biji sagu dan garam, masak sehingga sagu menjadi jernih dan masak. sedia untuk dinikmati....
  4. ****jikalau pekat tambah air ikut kesukaan anda**** 
* saya suka segala jenis pengat ni,,
   kurangkan manis, jaga kesihatan..
   ingat yang tersayang tu.. :)